This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, February 28, 2017

LIGA PERDANA 20-17

TERENGGANU VS PERLIS


TERENGGANU yakin memungut mata penuh petang ini apabila bertemu pasukan tercorot Liga Perdana Perlis walaupun bermain di gelanggang lawan..

Perancang utama skuad Penyu Asrol Ibrahim ketika dihubungi berkata, ini merupakan waktu terbaik untuk mencipta kemenangan ketika keadaan pasukan singa utara dalam keadaan terumbang ambing.

Lagipun Terengganu memerlukan kemenangan untuk mengutip tiga mata penuh bagi menyaingi pendahulu Negeri Sembilan.

Sebarang kekalahan bakal menyulitkan misi Terengganu musim ini selain akan menjarakkan lagi jurang perbezaan mata dengan pasukan teratas liga

Justeru, berbekalkan keazaman yang tinggi selepas kembali bangkit menumpaskan Kuala Lumpur 2-1 Jumaat lalu setelah kecundang dalam dua aksi terakhir ia menguatkan lagi semangat anak buah Irfan Bakti untuk menundukkan skuad Singa Utara petang ini

Setelah mengharungi enam perlawanan skuad penyu berjaya mengumpul 12 mata hasil empat kemenangan untuk berada di kedudukan ketiga liga.

Monday, February 27, 2017

KEJOHANAN HOKI PIALA TNB

THT JUARA  KALI KE EMPAT




Pasukan Hoki Terengganu (THT) muncul juara Piala TNB 2017 selepas menewaskan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) menerusi penentuan penalti shoot-out 5-4 selepas kedua-dua pasukan terikat 4-4 dalam masa penuh permainan yang berlangsung di Stadium Hoki Tun Razak, malam tadi.










Walaupun THT gagal mengekalkan kejuaraan berganda, namun mengekalkan kejuaraan piala TNB untuk kali ke
empat berturut-turut adalah sangat bermakna.



Kemenangan itu menyaksikan THT meraih wang kemenangan berjumlah RM100,000 berserta trofi.


Hadiah disampaikan oleh Yab Dato Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Besar 


Sunday, February 26, 2017

PERLAWANAN AKHIR HOKI PIALA TNB

THT VS KLHT


Gagal mengekalkan juara berganda musim ini tidak mematahkan semangat Pasukan Hoki Terengganu THT untuk merangkul piala TNB bertemu Kelab Hoki Kuala Lumpur KLHT di Stadium Tun Razak malam ini.

Perlawanan separuh akhir THT menewaskan UniKL dengan agregat 8-4 sementara KLHT menundukan Pasukan Tenaga Nasional TNB menerusi penalti shoot out 2-1 selepas terikat dengan agregat 2-2.

KLHT yang menjuarai Piala Sumbangsih dan juara liga selangkah memburu gelaran treble musim ini seadainya berjaya menewaskan THT.

Peminat-peminat hoki Terengganu berharap THT tidak pulang dengan tangan kosong malam ini dengan merangkul piala TNB 2017.


Thursday, February 23, 2017

LTDL 2017

PERINGKAT KE-2 JERTIH-GRIK




Peringkat kedua hari ini dari jetih ke Grik  dimenangi pelumba United HealthCare, Travis McCabe dengan catatan masa 5 jam, 4 minit 41 saat meninggalkan Filippo Pozzato dari pasukan Willer Triestina di tempat kedua diikuti McCabe.
Pasukan Data mula menunjukkan belang sebenar mereka sebagai pilihan utama pada edisi kali ini apabila pelumbanya, Ryan Gibbons merampas jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan selepas berakhir peringkat kedua dari Jerteh ke Gerik hari ini.
Pada peringkat perlumbaan paling panjang membabitkan jarak 208.1 kilometer itu, Gibbons yang membuat penampilan pertama dalam LTdL hanya menduduki tempat ketiga tetapi sudah cukup untuk menyingkirkan pemegang jersi kuning terdahulu, Scott Sunderland dari pasukan Isowhey Sports Swisswellness yang tercicir jauh di belakang.
Pelumba TSG yang paling cemerlang ialah Mohamad Sharul Mat Amin yang berada di tangga ke-10 keseluruhan dengan catatan masa 5jam 04minit 41saat
Peringkat ketiga esok dari rawang ke Pantai remis sejauh 118.0kg merupakan laluan terpendek cabaran LTDL kali ini.









Wednesday, February 22, 2017

Le Tour de Langkawi 2017

TSG ungguli Raja Bukit


Sejarah tercipta di bumi Terengganu dalam perlumbaan peringkat pertama Kuala Berang – Kuala Terengganu apabila pelumba Terengganu Cycling Team TSG menerusi Nur Amirul Fakhruddin Mazuki berjaya menyarung jersi Raja Bukit selepas 22 tahun LTDL dianjurkan. Beliau mengungguli kedua-dua laluan berbukit di Gerdong dan Pelong dan berjaya mengumpul 8 mata.


Laluan sejauh 124.8 kilometer itu dimenangi pelumba dari Isowhey Sports Swiss Well Ness, Scott Sunderland dengan catatan masa 2 jam 54 minit 45 saat sekaligus meletakkan pasukannya ditangga teratas keseluruhan dan beliau turut memenangi jersi kuning selaku juara peringkat pertama ini. Jersi Putih bagi kategori pelumba terbaik Asia pula di sarung oleh Shiki Kuroeda dari pasukan Aisan Racing Team. Seorang lagi pelumba TSG Mohd Zamri Salleh dinobatkan selaku pelumba terbaik Malaysia. 

Peringkat kedua esok akan memulakan kayuhan di Jerteh Besut dan berakhir di Grik Perak sejauh 208.1 kilometer merupakan laluan terpanjang LTDL 2017 kali ini.

LIGA PERDANA 2017







hitam Putih....Kelabu

Hitam putih ...kelabu begitulah ibaratnya pasukan Terengganu apabila dibenam oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, PKNP 2-4 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi (Selasa)

Ketiadaan Sarbini Alawi dan beberapa tonggak pertahanan ternyata memberi impak besar kepada tuan rumah miski pasukan pelawat bermain 10 orang pada awal babak kedua apabila Fadli Idris dilayangkan kad merah.

Pelawat terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah seawal ke-12 melalui tandukan Kapten Muhamad Shahrel Fikri Md Fauzi.

Tersentak dengan jaringan awal itu skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim memperkemaskan gerakan dan berjaya mencipta beberapa peluang.

Kehadiran hampir 10-ribu penyokong berjaya menyuntik semangat pemain untuk mencari gol menyamakan.

Bagaimanapun hasil serangan balas minit ke-29, pelawat berjaya meledakkan gol kedua mereka, sekali lagi menerusi kapten Muhamad Shahrel Fikri, selepas penjaga gol Terengganu, Amierul Hakimi Awang gagal menangkap kemas bola tendangan pemain gantian, Muhd Amirul Izwan Mohd Baki.

Pada minit ke-36, Terengganu akhirnya berjaya merapatkan kedudukan menerusi tandukan pemain import Federico Falcone selepas menerima hantaran silang dari pemain sayap, Muhd Ferris Daniel Mohd Nasir.

Miski kekurangan seorang pemain, aksi bahagian serangan pelawat langsung tidak terjejas malah mampu melancarkan serangan ke kubu tuan rumah, berhasil menambah jaringan pada minit ke-52 menerusi tandukan Ritus Krjauklis.

Terengganu bangkit dengan jaringan kedua menerusi rembatan issey Nakajima pada minit ke-59.

Vincent Lucas memadam semangat tuan rumah apabila berjaya menghasikan gol ke empat  pada minit ke-82.

Terengganu 2 PKNP 4

Tuesday, February 21, 2017

LIGA PERDANA 2017

TERENGGANU VS PKNP


Peminat bolasepak Negeri Terengganu berpeluang menyaksikan perlawanan Bolasepak Liga Perdana Terengganu dengan PKNP di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, Shah Selasa ini secara percuma.




Menteri Besar Terengganu Dato Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dalam kenyatan  berkata persatuan Bolasepak Negeri Terengganu PBSNT bersetuju untuk tidak mengenakan tiket kepada penonton yang menyaksikan perlawanan tersebut.

Beliau yang juga Presiden PBSNT berkata, pemberian itu merupakan penghargaan dan tanda terima kasih diatas sokongan peminat kepada pasukan bolasepak Terengganu.

Perlawanan Terengganu menentang PKNP  pada 20 Januari lalu terpaksa ditangguh kerana hujan lebat dan  padang yang tidak mengizinkan.

Kepada peminat-peminat datang beramai-ramai untuk memberi sokongan.

Sunday, February 19, 2017

LIGA SUPER 2017

T-TEAM GAGAL PUNGUT MATA PENUH.

T-Team gagal memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri apabila hanya seri 2-2 sama  dengan PKNS. 

Keputusan itu meletakan T-Team di tangga ke Lima dengan lapan mata daripada lima perlawan.

Aksi di Stadium Sultan  Ismail Nasiruddin Shah malam tadi menyaksikan anak buah Rachmad Darmawan terlebih dahulu memperolehi dua gol pada aksi separuh masa pertama.

Gol pertama tuan rumah hadir menerusi rembatan kencang Farhod Tadjiev pada minit ke-9, selepas menerima hasil hantaran penyerang dari Mali, Mamadou Samassa.

Hasil serangan balas pada minit ke-45, The Titans memperolehi gol kedua mereka, sekali lagi menerusi rembatan Farhod selepas menerkam bola muntah hasil percubaan Mohd Nor Hakim Hassan.

Pada  separuh masa  kedua,  strategi Ketua Jurulatih PKNS E. ELaverasan  memasukkan penyerang kebangsaan Mohd Safee Sali menggantikan Bobby Gonzales pada minit ke-55 menjadi, apabila rangkaian serangan mereka sering memecah benteng pertahanan tuan rumah.

Hasilnya pada minit ke-79, PKNS memperolehi gol pertama mereka menerusi Mohd Khairul Ramadhan Zauwawi, juga pemain gantian yang baharu dimasukkan minit ke-74, apabila dengan tenang menyudahkan hantaran Matias Nicolas dari luar kotak penalti.

Pada minit ke-89, hasrat tuan rumah memungut mata penuh dileburkan jaringan sendiri pertahanan T-Team yang tertampan ke gawang sendiri, selepas gagal mengeluarkan bola lontaran jauh Matias Nicolas.

Kedudukan  jaringan dua sama itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan Muhammad Zamzaidi Katimin untuk kedua-dua pasukan berkongsi mata.

T-Team akan menghadapi cabaran lebih getir minggu hadapan apabila bertandang ke Larkin bertemu harimau luka JDT.

Wednesday, February 15, 2017

Presiden FAM : TMJ Jadi Pilihan


Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi pilihan untuk memenangi pertandingan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), selepas mengesahkan untuk bertanding pada Kongres FAM Ke-53 pada 25 Mac ini.












Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu akan ditentang Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, calon pertama yang menyerahkan borang pencalonan.

Pertandingan Presiden FAM sebelum ini diramal sengit apabila Khairy Jamaluddin turut mencabar kerusi panas No. 1 FAM itu. Namun Menteri Belia dan Sukan itu memberi laluan kepada TMJ.

Meninggalkan Annuar sebagai calon tunggal untuk menentang TMJ menjadikan pemilihan lebih mudah diramal.

Malah, ada ahli gabungan yang turut meramalkan Annuar mungkin menarik diri sebelum pertandingan kerana setiap calon dibenarkan untuk berundur sehingga hari pemilihan.

Dua tahun lalu, Tunku Ismail turut bertanding Presiden FAM, namun tewas kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Annuar pernah menyandang jawatan Timbalan Presiden FAM bagi penggal 2010-2014 selepas menerima 23 undi daripada perwakilan namun digantung oleh badan induk itu selama 30 bulan mulai April 2012.

PIALA FA : TTEAM MARA 





Pasukan T-Team mengatasi Angkatan Tentera Malaysia, ATM, 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat satu sama dalam aksi yang berlarutan hingga 120 minit.

Pada babak awal perlawanan, tuan rumah terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pertama ATM menerusi sepakan penalti seawal minit keenam selepas pertahanan skuad The Titans, Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris menarik pemain ATM, Zainal Jakaria.

Penyerang import ATM Pavel Smolyachenko yang mengambil sepakan, mudah menewaskan penjaga gawang, Muhammad Izzuddin Muhammad Hussin.

Tersentap jaringan awal  tersebut, anak buah Rahmad Darmawan mengatur gerakan ke kubu pelawat bagi memburu gol penyamaan, namun mudah dipatahkan benteng ATM.

Peluang keemasan T-Team hadir pada minit ke-29, tetapi Dilshod Sharofetdinov yang menyambung hantaran Mamadou Samassa gagal menepati sasaran.

Bersambung babak kedua, skuad The Titans melakukan pertukaran apabila mengeluarkan Ahmad Takhiyuddin Roslan dan digantikan pemain lincah, Mohd Nor Hakim Hassan.

Pemain sayap itu dijatuhkan Mohamad Noraiman Talib dalam kotak penalti dan Farhod Tadjiev mudah menyempurnakan sepakan untuk mengikat kedudukan pada minit ke-50.

Kedua-dua pasukan terpaksa mengharungi masa tambahan 30 minit untuk mencari pemenang selepas terikat SATU SAMA dalam 90 minit permainan.

Sebelum itu, T-Team juga dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-112, tetapi gagal menamatkan saingan lebih awal apabila sepakan Samassa dapat dibaca penjaga gol gantian ATM, Mohamad Hafizuddin Azuhar.

Sunday, February 12, 2017

TERENGGANU DIPUNCAK LIGA

Terengganu kini berada di puncak liga Perdana apabila menewaskan Kuantan FA 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Jumaat lalu.

Terengganu kini memungut sembilan mata  hasil daripada tiga kemenangan.

Thursday, February 9, 2017

LIGA PERDANA

Terengganu berazam meneruskan rentak kemenangan apabila menanti kunjungan pasukan jiran Kuantan FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Jumaat ini.

Jurulatih Irfan Bakti Abu Salem mengerah anak buahnya terus bekerja keras kerana anak buah Zulhamizan Zakaria jauh lebih baik daripada dua pasukan yang mereka tewaskan sebelum ini.

Dalam dua perlawanan terdahulu Terengganu menewaskan PKNP 1-0 dan MISC MIFA 2-1.

Bagaimanapun jurulatih itu yakin mampu memungut mata penuh jumaat nanti.

KJ TUNGGU TMJ



MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menunggu Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan status pencalonannya untuk pertandingan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum beliau membuat keputusan untuk turut bertanding atau tidak.
Khairy berkata keputusan sama ada beliau akan bertanding untuk merebut kerusi Presiden FAM hanya akan dibuat selepas Tunku Mahkota Johor itu mengumumkan pendirian rasminya sama ada akan turut bersaing atau memberikan laluan kepada calon lain.
“Saya harap beliau boleh sahkan penyertaan dalam pemilihan secara rasmi. Saya masih lagi menunggu.
Saya mahu lihat borang tersebut diisi macam Tan Sri Annuar (Musa) buat. Itu satu cara pengesahan (bertanding) yang diambil kira, selepas itu baru saya komen,” katanya kepada wartawan.

Masih Dalam Proses...