Wednesday, February 22, 2017

Le Tour de Langkawi 2017

TSG ungguli Raja Bukit


Sejarah tercipta di bumi Terengganu dalam perlumbaan peringkat pertama Kuala Berang – Kuala Terengganu apabila pelumba Terengganu Cycling Team TSG menerusi Nur Amirul Fakhruddin Mazuki berjaya menyarung jersi Raja Bukit selepas 22 tahun LTDL dianjurkan. Beliau mengungguli kedua-dua laluan berbukit di Gerdong dan Pelong dan berjaya mengumpul 8 mata.


Laluan sejauh 124.8 kilometer itu dimenangi pelumba dari Isowhey Sports Swiss Well Ness, Scott Sunderland dengan catatan masa 2 jam 54 minit 45 saat sekaligus meletakkan pasukannya ditangga teratas keseluruhan dan beliau turut memenangi jersi kuning selaku juara peringkat pertama ini. Jersi Putih bagi kategori pelumba terbaik Asia pula di sarung oleh Shiki Kuroeda dari pasukan Aisan Racing Team. Seorang lagi pelumba TSG Mohd Zamri Salleh dinobatkan selaku pelumba terbaik Malaysia. 

Peringkat kedua esok akan memulakan kayuhan di Jerteh Besut dan berakhir di Grik Perak sejauh 208.1 kilometer merupakan laluan terpanjang LTDL 2017 kali ini.

0 comments:

Post a Comment