Wednesday, February 22, 2017

LIGA PERDANA 2017







hitam Putih....Kelabu

Hitam putih ...kelabu begitulah ibaratnya pasukan Terengganu apabila dibenam oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, PKNP 2-4 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi (Selasa)

Ketiadaan Sarbini Alawi dan beberapa tonggak pertahanan ternyata memberi impak besar kepada tuan rumah miski pasukan pelawat bermain 10 orang pada awal babak kedua apabila Fadli Idris dilayangkan kad merah.

Pelawat terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah seawal ke-12 melalui tandukan Kapten Muhamad Shahrel Fikri Md Fauzi.

Tersentak dengan jaringan awal itu skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim memperkemaskan gerakan dan berjaya mencipta beberapa peluang.

Kehadiran hampir 10-ribu penyokong berjaya menyuntik semangat pemain untuk mencari gol menyamakan.

Bagaimanapun hasil serangan balas minit ke-29, pelawat berjaya meledakkan gol kedua mereka, sekali lagi menerusi kapten Muhamad Shahrel Fikri, selepas penjaga gol Terengganu, Amierul Hakimi Awang gagal menangkap kemas bola tendangan pemain gantian, Muhd Amirul Izwan Mohd Baki.

Pada minit ke-36, Terengganu akhirnya berjaya merapatkan kedudukan menerusi tandukan pemain import Federico Falcone selepas menerima hantaran silang dari pemain sayap, Muhd Ferris Daniel Mohd Nasir.

Miski kekurangan seorang pemain, aksi bahagian serangan pelawat langsung tidak terjejas malah mampu melancarkan serangan ke kubu tuan rumah, berhasil menambah jaringan pada minit ke-52 menerusi tandukan Ritus Krjauklis.

Terengganu bangkit dengan jaringan kedua menerusi rembatan issey Nakajima pada minit ke-59.

Vincent Lucas memadam semangat tuan rumah apabila berjaya menghasikan gol ke empat  pada minit ke-82.

Terengganu 2 PKNP 4

0 comments:

Post a Comment