Sunday, February 19, 2017

LIGA SUPER 2017

T-TEAM GAGAL PUNGUT MATA PENUH.

T-Team gagal memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri apabila hanya seri 2-2 sama  dengan PKNS. 

Keputusan itu meletakan T-Team di tangga ke Lima dengan lapan mata daripada lima perlawan.

Aksi di Stadium Sultan  Ismail Nasiruddin Shah malam tadi menyaksikan anak buah Rachmad Darmawan terlebih dahulu memperolehi dua gol pada aksi separuh masa pertama.

Gol pertama tuan rumah hadir menerusi rembatan kencang Farhod Tadjiev pada minit ke-9, selepas menerima hasil hantaran penyerang dari Mali, Mamadou Samassa.

Hasil serangan balas pada minit ke-45, The Titans memperolehi gol kedua mereka, sekali lagi menerusi rembatan Farhod selepas menerkam bola muntah hasil percubaan Mohd Nor Hakim Hassan.

Pada  separuh masa  kedua,  strategi Ketua Jurulatih PKNS E. ELaverasan  memasukkan penyerang kebangsaan Mohd Safee Sali menggantikan Bobby Gonzales pada minit ke-55 menjadi, apabila rangkaian serangan mereka sering memecah benteng pertahanan tuan rumah.

Hasilnya pada minit ke-79, PKNS memperolehi gol pertama mereka menerusi Mohd Khairul Ramadhan Zauwawi, juga pemain gantian yang baharu dimasukkan minit ke-74, apabila dengan tenang menyudahkan hantaran Matias Nicolas dari luar kotak penalti.

Pada minit ke-89, hasrat tuan rumah memungut mata penuh dileburkan jaringan sendiri pertahanan T-Team yang tertampan ke gawang sendiri, selepas gagal mengeluarkan bola lontaran jauh Matias Nicolas.

Kedudukan  jaringan dua sama itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan Muhammad Zamzaidi Katimin untuk kedua-dua pasukan berkongsi mata.

T-Team akan menghadapi cabaran lebih getir minggu hadapan apabila bertandang ke Larkin bertemu harimau luka JDT.

0 comments:

Post a Comment