Wednesday, February 15, 2017

Presiden FAM : TMJ Jadi Pilihan


Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi pilihan untuk memenangi pertandingan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), selepas mengesahkan untuk bertanding pada Kongres FAM Ke-53 pada 25 Mac ini.












Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu akan ditentang Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, calon pertama yang menyerahkan borang pencalonan.

Pertandingan Presiden FAM sebelum ini diramal sengit apabila Khairy Jamaluddin turut mencabar kerusi panas No. 1 FAM itu. Namun Menteri Belia dan Sukan itu memberi laluan kepada TMJ.

Meninggalkan Annuar sebagai calon tunggal untuk menentang TMJ menjadikan pemilihan lebih mudah diramal.

Malah, ada ahli gabungan yang turut meramalkan Annuar mungkin menarik diri sebelum pertandingan kerana setiap calon dibenarkan untuk berundur sehingga hari pemilihan.

Dua tahun lalu, Tunku Ismail turut bertanding Presiden FAM, namun tewas kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Annuar pernah menyandang jawatan Timbalan Presiden FAM bagi penggal 2010-2014 selepas menerima 23 undi daripada perwakilan namun digantung oleh badan induk itu selama 30 bulan mulai April 2012.

0 comments:

Post a Comment