Thursday, March 9, 2017

Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC 2017

Malaysia akhiri cabaran tewaskan Chuna 2-1.


PASUKAN MALAYSIA menepati ramalan selepas berjaya menundukkan pasukan China 2-1 dalam yang berlangsung di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Namun kemenangan sulung yang dicatatkan itu tidak membantu skuad negara bagi melayakkan diri keperingkat seterusnya selepas tewas 3 kali di peringkat kumpulan A.

Bagaimanapun kejohanan ini memberi pengalaman berguna kepada pasukan, walaupun tiada liga tempatan masih mampu memberi saingan.

Pada perlawanan keempat ini, Malaysia berjaya memonopoli dan mengawal permainan dengan baik pada suku masa pertama serta mematahkan percubaan pasukan lawan.

Gol pertama skuad kendalian Ismail Zakaria ini terhasil seawal minit kedua permainan menerusi ketua pasukan Mohd Zaharim Mohd Yusof.

Gawang China sekali bocor untuk gol kedua Malaysia menerusi Mohamad Fakhruddin Mohd pada minit ke-12.

Ketinggalan dua gol memaksa pasukan pelawat menggandakan asakan pada suku kedua.

Hasilnya China memperolehi gol tunggal mereka pada perlawanan ini menerusi Liu Yi Si apabila menewaskan penjaga gol negara Mohd Nazri Sulaiman pada minit ke 16, yang sebelum itu cemerlang menafikan beberapa percubaan dari pemain negara tembok China itu.

Kedudukan 2-1 itu kekal sehingga tamat permainan, walaupun Malaysia dilihat terus melancarkan serangan balas serta asakan untuk meruntuhkan tembok gol dikawal Chang Rui Qi.

Sementara itu bagi Ismail, semangat ditunjukkan anak-anak buahnya boleh dibanggakan di sebalik persiapan singkat menghadapi kejohanan ini.

Selain berharap kejohanan bola sepak pantai ini mendapat perhatian pihak Badan Bola Sepak Negara, FAM untuk diperkembangkan lagi di semua negeri, ke arah melahirkan lebih ramai pemain berbakat dan membentuk skuad yang lebih mantap.

0 comments:

Post a Comment