Thursday, May 11, 2017

SEPARUH AKHIR KE 2 PIALA FA : TERENGGANU YAKIN ATASI KEDAH


KUALA TERENGGANU 11 Mei 2017   


Menjelang  pertemuan dengan skuad Kedah dalam saingan Piala FA separuh akhir kedua Sabtu ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Pengendali Terengganu, Haji Irfan Bakti Abu Salim melahirkan nada gembira apabila empat pemain tonggaknya bakal kembali memperkuatkan jentera pasukan.

Sekaligus menambah keyakinan dalam usaha mencari kemenangan mutlak sekurang-kurangnya 2 kosong, bagi memadam defisit kosong satu pada aksi pertama di Alor Setar, Satu Mei lalu.

Pengendali berpengalaman itu berkata, empat pemain yang dimaksudkan itu ialah tiga pemain tengah iaitu kapten Abdul Latiff Suhaimi, pemain kelahiran Uzbekistan, Lutfulla Turaev dan bekas pemain kebangsaan, Ismail Faruqi Ashari.

Manakala seorang lagi  beraksi di bahagian serangan iaitu Muhammad Ferris Danial Mat Nasir.

Sebelum ini Latiff dan Turaev tidak beraksi ketika aksi separuh akhir pertama kerana menjalani pengantungan satu perlawanan, sementara Ismail dan Ferris tidak diturunkan ketika bertemu Sabah minggu lalu, ekoran kecederaan.

Selain berharap anak-anak buahnya terus memberikan tumpuan dan komitmen tinggi dalam perlawanan separuh akhir itu nanti, yang pastinya mendapat sokongan dan sorokan padu dari ribuan penyokong skuad Peteh yang bakal membanjiri stadium.

Haji Irfan berkata demikian ketika mengendalikan sesi latihan dan persediaan skuad Terengganu bagi separuh akhir kedua Piala FA menentang Kedah, pukul 9 malam Sabtu ini.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, PBSNT memaklumkan 10-ribu tiket pertemuan separuh akhir antara skuad Penyu dengan Helang Merah itu akan mula dijual pada Sabtu ini bermula jam 10 pagi di kaunter penjualan tiket di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Malah bagi mengelak daripada berlaku kejadian tidak diingini termasuk lebihan penonton, setiap seorang dihadkan pembelian sebanyak tiga keping tiket sahaja, dan harga tiket adalah seperti biasa iaitu 20-ringgit berbumbung, 10-ringgit terbuka dan 5-ringgit bagi kanak-kanak.

0 comments:

Post a Comment