Sunday, May 7, 2017

T-TEAM BENAM PERAK

T-TEAM 3-0 PERAK


Kuala Terengganu - Kontroversi pemotongan enam mata oleh FMLLP tidak memberi kesan kepada kesebelasan T-Team apabila bertindak garang membelasah Perak 3-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.
Jaringan tuan rumah disumbangkan oleh Mamadou Samassa minit ke-8, bek tengah Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadrus minit ke-71 dan Farhod Tadjiev pada minit ke-75 hasil hantaran Mohd Nor Hakim Hassan.
Kemenangan itu meletakkan T-Team di tangga ke tujuh dengan 12 mata.
Barisan Pemain:
T-Team: Hafidz Romly (penjaga gol), Amir Zafran, Abdoulaye Maiga, Arif Fadzillah, Hassan Basri, Hasbullah Awang (kapten), Badrul Hisyam, Fauzi Kadar, Mahmadou Samassa, Norhakim Hassan, Farhod Tadjiyev
Perak: Hafizul Hakim (penjaga gol), Amirul Azhan, Thiago Aquino, Shahrul Saad, Nazirul Naim, Hafiz Kamal, Nasir Basharuddin (kapten), Zaquan Adha, Yashir Pinto, Faton Toski, Hadi Yahya


Sumber semuanyabola

0 comments:

Post a Comment