Thursday, June 22, 2017

TCHETCHE KIPRE PERKUAT JENTERA SERANGAN PENYU.

KUALA TERENGGANU:
Pemain kelahiran Ivory Coast, Tchétché Kipré dari kelab Oman, Al-Suwaiq melengkapkan kuota pemain import skuad Terengganu.
Sebelum menyertai Terengganu, Kipré berjaya membantu Al-Suwaiq memenangi Piala Sultan Qaboos musim ini dengan menjaringkan kedua-dua gol dalam kemenangan 2-0 ketika menewaskan Kelab Dhofar.
Rekod jaringannya sebanyak 17 gol dalam saingan Liga Oman sudah pasti memberi keyakinan kepada penyokong Terengganu, pemain itu mampu mempertajam kembali barisan serangan.
Pemain berusia 29 tahun itu berjanji membantu Terengganu kembali ke saingan Liga Super musim hadapan.

Kipre dicuba ketika pertemuan persahabatan menentang pasukan Kelantan  malam tadi.

0 comments:

Post a Comment