Wednesday, July 5, 2017

PIALA MALAYSIA 2017: T-TEAM KECUNDANG


KUALA TERENGGANU 4 Julai 2017


Perlawanan pertama Kumpulan A, Kempen Piala Malaysia antara T-Team dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, PKNP di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu berakhir dengan keputusan memihak kepada pelawat dengan jaringn 2-1.

Walaupun pada awal babak permainan pasukan tuan rumah dilihat lebih banyak mencipta gerakan serangan ke pintu gol PKNP menerusi rangkaian barisanan hadapan, Mohd Nor Hakim Hassan, Mamadou Samassa dan Joseph Yannick.

Namun skuad pelawat dibawah bimbingan Ketua Jurulatih Abu Bakar Fadzim terlebih dahulu mencipta jaringan pada minit ke-22 menerusi rembatan ketua pasukan  Muhammad Shahrel Fikri dalam kotak penalti.

Kedudukan satu gol kosong itu kekal sehingga rehat babak separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua iaitu pada minit ke-50 tuan rumah akhirnya berjaya menyamakan kedudukan satu sama melalui tandukan Mamadou Samassa.

Gol berpunca dari hantaran bola lambung daripada tendangan sudut diambil Muhammad Fakhrurazi Musa.
 
Namun kegembiraan skuad bimbingan ketua Jurulatih Rachmat Darmawan tidak lama, selang seminit kapten pelawat, Muhammad Shahrel menghukum kealpaan barisan pertahanan T-Team mencetak gol kedua PKNP

Kedudukan itu terus kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan Suresh Jayaraman. 
Sekaligus memberikan 3 mata berharga buat pasukan dari Liga Perdana itu.

0 comments:

Post a Comment