Wednesday, August 2, 2017

PIALA MALAYSIA 2017: T-TEAM 4 -1 NS

KUALA TERENGGANU 2 OGOS 2017


Persaingan Kumpulan A, antara T-Team menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu MALAM TADI berkesudahan , tuan rumah berjaya memperolehi kemenangan pertama 4-1,selepas mengharungi  lima aksi perlawanan peringkat kumpulan.
Sekaligus memungut TIGA mata penting untuk keseluruhan mengumpul 5 mata.

Tuan rumah memperolehi gol pertama pada minit ke-24 menerusi rembatan Mohd Asrol Ibrahim hasil hantaran Mohd Nor Hakim Hassan.

Manakala pada minit ke-34, pelawat mendapat peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan.
Selepas pengadil perlawanan memberikan sepakan penalti berikutan kekasaran yang lakukan barisan pertahanan keatas Muhammad Nizam Ruslan dalam kotak penalti.

Namun tendangan diambil Mohmad Izzuddin Zainuddin dapat ditepis keluar penjaga gol, Mohd Hafidz Romly.

Pada minit ke-39, pemain Bek kanan tuan rumah, Wan Ahmad Amirzafran meledakan gol kedua buat Tteam selepas memanfaatkan hantaran tendangan sudut diambil Muhammad Fakhrurazi Musa.

Bersambung babak separuh masa kedua, Dilshod Sharofetdinov turut mencetak nama selaku penjaring apabila menyempurnakan sepakan percuma cantik yang terus menerjah ke penjuru kiri pintu gol Negeri Sembilan.

Sekaligus turut memperdaya penjaga gawang lawan, Saiful Amar Sudar untuk gol ketiga T-Team.
Negeri Sembilan yang tidak menurunkan pemain import mereka pada perlawanan ini akhirnya memperolehi gol tunggal mereka pada minit ke-78 menerusi Muhammad Nizam Ruslan, hasil gerakan serangan balas.

Namun begitu, dua minit kemudian Muhammad Fakhrurazi menambah lagi jaringan untuk tuan rumah apabila memanfaatkan sepenuhnya hantaran pendek Mohd Asrol untuk gol keempat T-Team pada minit 80 permainan.

Kedudukan jaringan itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan Suresh Jayaraman.
T-Team 4, Negeri Sembilan 1. 

0 comments:

Post a Comment