Sunday, August 6, 2017

T-TEAM KENA BELASAH


KUALA TERENGGANU 5 Ogos 2017

Persaingan Liga Super 2017.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, perlawanan antara T-Team dan Melaka United MU berkesudahan, pelawat membawa pulang 3 mata berharga.

Selepas bangkit pada separuh masa kedua dengan 5 gol untuk membenam cabaran tuan rumah dengan keputusan  5-1.

Pada awal babak permainan, kedua-dua pasukan menunjukkan permainan seimbang apabila saling menguji pintu gol lawan masing-masing.

Pada minit ke-32 tuan rumah memecah kebuntuan apabila memperolehi gol pertama menerusi tandukan pemain gantian Muhammad Fauzi Abdul Kadar, hasil hantaran Muhammad Fakhrurazi Musa.

Pemain dikenali sebagai Mamu ini masuk menggantikan Dilshod Sharofetdinov yang mengalami kecederaan peha minit ke-24.

Manakala MU turut memiliki beberapa peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan terutamanya pada minit ke-41, menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti, tetapi dapat ditepis penjaga gol T-Team, Mohd Hafidz Romly.

Namun selepas perlawanan bersambung selepas rehat, gawang dikawal Mohd Hafidz pula bocor pada minit ke-50 menerusi tendangan leret Marco Simic untuk gol penyamaan Satu Sama.

10 minit kemudian, hantaran lintang G. Puaneswaran ke dalam kotak penalti tuan rumah berjaya disambar Muhammad Fauzi Rozlan.

Sekaligus melepasi kawalan barisan pertahanan T-Team dan menewaskan Mohd Hafidz untuk gol kedua MU pada minit ke-60.

Gol tersebut terus menaikkan semangat anak-anak buah ketua jurulatih Eduardo Almeida memburu gol dan dua gol kemudiannya berjaya dihasilkan pada minit ke-70 dan 73. Masing-masing menerusi G. Puaneswaran dan Felipe Souza untuk menjadikan kedudukan 4-1.

Kerapuhan barisan pertahanan tuan rumah dan gawang dikawal Mohd Hafidz terus tidak dipersia-siakan Marco Simic untuk menjaringkan gol kelima buat pasukannya pada minit ke-89 untuk menjadikan kedudukan 5-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali.

Keputusan Lain : Pahang 2- 1 Kedah, Kelantan 1-1 Felda United, JDT 1-2 Selangor, Sarawak 2- 0 Pulau Pinang

0 comments:

Post a Comment