This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, November 21, 2017

LIGA SUPER 2018: TERENGGANU BERUBAH WAJAH

KUALA TERENGGANU 21 NOV 2017


Desas-desus kedudukan kedua-dua pasukan Terengganu FA dan pasukan kelab T-Team dalam Liga Super 2018 akhirnya terjawab HARI INI.

Apabila Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, PBSNT Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mengumumkan hanya akan mempertaruhkan satu  pasukan  sahaja dari Terengganu, beraksi di Liga Super dan satu lagi pasukan akan berentap di Liga Premier musim depan.

Masing-masing akan menggunakan nama baharu iaitu Terengganu Football Club FC Satu, dan Terengganu FC Dua.

Jelas Dato’ Seri Ahmad Razif yang juga Menteri Besar Terengganu, keputusan tersebut dibuat selepas memperolehi persetujuan bersama para ahli gabungan persatuan, ketika mempengerusikan Kongres Tahunan PBSNT 2017 secara tertutup di Batu Burok Kuala Terengganu.

Selain turut bersetuju untuk mengkomersilkan persatuan itu dengan menubuhkan syarikat diatas nama Terengganu Football Club Sendirian Berhad, bagi mentadbir dan menguruskan perjalanan kewangan lima buah kelab Terengganu FC yang bakal diwujudkan nanti.

Sementara PBSNT pula akan terus memainkan peranannya dalam aspek pembangunan bola sepak negeri, termasuklah meningkatkan lagi aspek pengurusan serta kejurulatihan.

"Sistem yang kita gunakan adalah sistem dalam konsep feader dan kita wujudkan lima pasukan berasaskan feader. Bermula daripada Terengganu FC yang bertindak sebagai parent kepada team atau pasukan lain".

Menurut Dato’ Seri Ahmad Razif, pemain terbaik dari kedua-dua pasukan akan digabungkan dalam pasukan Terengganu FC satu, dibawah kendalian ketua jurulatih Irfan Bakti Abu Salim.

Manakala T-Team yang bertukar nama kepada Terengganu FC Dua pula menjadi skuad kedua bersaing dikancah liga Premier, dengan dibarisi para pemain tempatan serta beberapa pemain pelapis terbaik dari skuad Piala Presiden.:

"Konsep kita ni tak mahu sailo, mahu gabung, bila gabung di sini pastinya akan memberi satu kekuatan kepada kita dan yang penting sekarang boleh jimat belanja. Kita nak pastikan T Team betul-betul feader yang melatih anak-anak Terengganu".

Pemohonan pertukaran nama pasukan tersebut akan dihantar kepada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia ,FAM dan Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia, FMLLP tidak lama lagi.

Penjenamaan semula pasukan Terengganu FC itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang mahukan perubahan tranformasi dilakukan terhadap pengurusan bola sepak negeri itu, dalam usaha kembali menjadi pasukan digeruni dalam dunia bola sepak tempatan.