Tuesday, January 30, 2018

ATFC diberi kepercayaan menjadi pengiring pemain pasukan Terengganu FC

ATFC diberi kepercayaan menjadi pengiring pemain pasukan Terengganu FC


Tahun ketiga Akademi Terengganu FC (ATFC) diberi kepercayaan menjadi pelengkap kepada setiap perlawanan diantara pasukan bola sepak negeri Terengganu (Terengganu FC) dihalaman sendiri.
ATFC telah dipilih oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menjadi salah sebuah akademi yang dipertanggungjawab sebagai pengiring pemain Terengganu FC dalam pertandingan Liga Super dan Piala Malaysia 2018
Akademi itu ditubuhkan sejak tiga tahun lalu kini serta bawah bimbingan enam jurulatih berpengalaman termasuklah Bazli Mohd. Noor dari Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) serta bekas pemain negeri sekitar tahun 1990-an, Fauzi Abdul Rahman.

Peranan utama ATFC dan sebagai medium terbaharu dalam mencungkil bakat-bakat cilik bagi menyemarakkan masa depan sukan bola sepak di negeri ini dilancarkan hari ini.
Pengarah Pembangunanan ATFC MD. Rosdi Abdul Jalil berkata, penubuhan akademi itu selaras inisiatif untuk melahirkan pemain pelapis yang berkualiti sebagai pemain profesional bagi di-serapkan ke pasukan negeri mahupun negara sekali gus merancakkan lagi industri sukan tanah air.
Katanya, buat masa ini seramai 80 pelatih berusia antara enam hingga 16 tahun dari seluruh negeri menyertai akademi tersebut dan Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nilam, Wakaf Mempelam di sini dijadikan pusat latihan.
“Akademi ini mula beroperasi sejak februari 2016 lalu di bawah bimbingan enam jurulatih termasuklah Bazli Mohd. Noor dari Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) serta bekas pemain negeri sekitar tahun 1990-an, Fauzi Abdul Rahman.
“Sebagai akademi rasmi bagi Terengganu FC, modul latihan yang digunakan juga diambil daripada pasukan itu justeru, saya mengharapkan usaha ini memberi impak besar buat pelatih dan seterusnya dapat mengangkat martabat sukan bola sepak negeri dan tanah air,” katanya.
Tambah Rosdi, memandangkan rata-rata pelatih sudah memahami teknik asas dan boleh menguasai kemahiran sukan bola sepak maka, fokus pihak akademi sepanjang tahun ini adalah menggerakkan perlawanan persahabatan dengan akademi luar sebagai pendedahan buat mereka dari segi mental serta fizikal.
“Kita tiada masalah ketika ini dan merancang untuk mengadakan beberapa perlawanan persahabatan yang berimpak tinggi dengan akademi dan kelab-kelab bola sepak di Kelantan, Pahang dan beberapa buah kelab di pantai barat”, katanya.
Selain itu, ATFC membuka pendaftar pada setiap tahun dan bila-bila masa sahaja sepanjang tahu ini dan boleh menghubungi pihak akademi di 016-414 2400 (MD. Rosdi Abdul Jalil).

0 comments:

Post a Comment