Monday, January 22, 2018

TFC CARI PEMAIN BAHARU


Kuala Terengganu 22 Jan 2018 


Persiapan menjelang persaingan Liga Super 2018 awal Februari ini.

Bekas penyerang Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, PKNP FC musim lalu, Kim Hyeow Woo yang kini bermain untuk pasukan Terengganu FC musim terbaharu ini, kemungkinan diganti.

Apabila pemain berasal dari Korea Selatan itu dilaporkan mengalami kecederaan lutut yang agak serius dan dijangka pulih dalam tempoh 4 hingga 6 bulan.

Sekaligus meninggalkan lompong kekosongan kuota pemain import Asia buat pasukan Terengganu FC, sehingga pertengahan musim kali ini.  

Perkara tersebut diakui Ketua Jurulatih Terengganu FC, Haji Irfan Bakti Abu Salim selepas ditanya pihak media berkenaan status pemain berusia 28 tahun itu.

Ekoran tidak diturunkan dalam kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru merebut Piala Menteri Besar Terengganu yang berakhir pada Selasa.

Menurut Haji Irfan, Kim Hyeow mengalami kecederaan tersebut ketika beraksi pada perlawanan persahabatan kedua di Kemboja baharu-baharu ini.

Beliau berkata demikian selepas mengendalikan Terengganu FC menghadapi tentangan pasukan adik, Terengganu FC II dalam perlawanan akhir merebut Piala Menteri Besar Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Pada perlawanan ini, Terengganu FC berjersi hitam putih muncul selaku juara kejohanan edisi pertama apabila menundukkan TFC DUA dengan jaringan 4-2.  

Dua gol disumbangkan pemain import dari Ivory Coast, Tchetche Kipre menerusi sepakan penalti pada minit ke-35 dan gerakan balas pada minit ke-67.

Sementara dua lagi gol sang penyu ini, masing-masing dijaringkan oleh Abdul Malik Mat Ariff dan Mohd Faiz  Mohd Nasir pada minit ke-16 dan 64 permainan.

Manakala dua gol Terengganu FC DUA pula diperolehi menerusi jaringan awang import mereka, Bruno Junichi Suzuki dan Akanni Sunday Wasiu pada babak separuh kedua di minit ke-73 dan 88.

Selaku juara, Terengganu FC menerima wang tunai 50-ribu ringgit berserta piala pusingan dan medal.

Majlis Penyampaian hadiah kemenangan ini disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri, PBSNT.

Terdahulu pemain tengah Terengganu FC, Lee Andrew Tuck turut diumumkan selaku pemain terbaik perlawanan akhir.

Sementara itu selaku naib juara edisi kejohanan, Terengganu FC DUA yang dibimbing ketua jurulatih Mustafa Kamal Abdul Wahab menerima wang tunai 30-ribu ringgit berserta medal.  

Kejohanan berlangsung selama 6 hari itu turut melibatkan dua pasukan Liga Super 2018, Pahang FA dan Melaka United.  

0 comments:

Post a Comment