Thursday, February 22, 2018

Pelumba basikal kelahiran Terengganu dedikasi 2 pingat emas untuk keluarga

Pelumba basikal kelahiran Terengganu dedikasi 2 pingat emas untuk keluarga


Pelumba berbasikal trek para kelahiran Marang Terengganu Zuhairi Ahmad Tarmizi mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menghadiahkan dua pingat emas Malaysia dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Velodrom Nasional Nilai semalam.
Lebih membanggakan beliau turut berjaya memecah rekod peribadi dalam acara ujian masa 1km kategori C4-C5 dengan mencatat masa 1.07.973 manakala satu lagi pingat emas diperoleh menerusi pecut berpasukan
Beliau yang dihubungi oleh Terengganu News melahirkan perasaan syukur dan berazam untuk meraih lebih banyak podium dalam kejohanan tahun ini.
Beliau yang sebelum ini cemerlang membantu pasukan lumba basikal negara dalam Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 dengan meraih tiga pingat emas dan satu pingat perak kini memberi fokus kepada kejohanan dunia berlangsung di Rio De Janeiro Mac ini.
‘Alhamdulillah kejohanan ACC 2018 menjadi perlumbaan pertama saya dan berjaya menghasilkan dua pingat emas untuk negara dan saya bertekad naik lebih banyak podium tahun ini’.
‘Isteri dan anak serta Ibu ayah menjadi sumber inspirasi serta memberi semangat dan saya dedikasikan kejayaan ini untuk mereka’.
‘Untuk pertandingan ACC ini saya telah melakukan persediaan sejak berakhir Sukan SEA lalu dan saya amat berpuas hati dapat memecahkan rekod saya sendiri’.
‘Sekarang saya memberi fokus untuk kejohanan di Brazil dan dengan masa yang ada ini akan berlatih sebaik mungkin dan berharap mampu menjejak podium insyallah’ katanya hari ini.
Zuhairi mengharapkan sokongan penyokong sukan lumba basikal kepada pasukan negara yang akan membawa cabaran di Brazil nanti. 

0 comments:

Post a Comment