Sunday, March 25, 2018

Aksi Malaysia, Nepal batal?

Aksi Malaysia, Nepal batal?

KUALA LUMPUR: Aksi persahabatan antara Harimau Malaya dan Nepal yang dijadualkan berlangsung pada 1 April ini di Stadium Nasional Bukit Jalil dikatakan terpaksa dibatalkan.
Perkara itu diumumkan Persatuan Bolasepak Seluruh Nepal menerusi laman Facebook rasmi mereka dengan menjelaskan masalah teknikal menjadi punca perlawanan berkenaan terpaksa dibatalkan.
Bagaimanapun, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih belum membuat sebarang pengesahan rasmi mengenai pembatalan aksi persahabatan antarabangsa kelas A itu.
Skuad negara akan berangkat ke Beirut, Lubnan, awal pagi ini bagi mengharungi aksi terakhir peringkat Kumpulan B dalam kempen kelayakan Piala Asia 2019 pada Selasa ini.
Khamis lalu, Harimau Malaya mengharungi aksi persahabatan pertama di bawah kendalian jurulatih, Tan Cheng Hoe di Stadium Nasional Bukit Jalil yang menyaksikan mereka terikat 2-2 dengan Mongolia.   

0 comments:

Post a Comment