Sunday, March 11, 2018

Liga Super: TFC tewas kepada JDT di laman sendiri

Liga Super: TFC tewas kepada JDT di laman sendiri

KUALA TERENGGANU – Terengganu FC tewas kepada pasukan bintang, Johor Darul Ta’zim 1-0 pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini sebentar tadi.
Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Marcos Antonio pada minit ke pada minit ke-29.
Walaupun mempamerkan semangat juang yang tinggi, para pemain Penyu gagal menyaingi kehebatan dan ketenangan pasukan JDT.
Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.
Ini adalah kekalahan pertama Terengganu dalam Liga Super.
Terengganu kini turun ke tangga keempat manakala JDT menerajui takhta liga.

0 comments:

Post a Comment